Monday 12 November 2012

Uji Minda

Adakah jisim sesuatu objek sama di mana-mana tempat di dunia ini?


deng...deng...deng....deng...JAWAPANNYA: Ya, sebagai contoh, jisim bola di bumi dan di angkasa lepas adalah sama.

Laman WEB

Lawat laman web berikut untuk mempelajari tentang pengukuran panjang.

http://www.funbrain.com/measure/index.html
http://www.funbrain.com/brain/MathBrain/MathBrain.html

Thursday 1 November 2012

Aktiviti bersama murid-murid Tahun 4

Ukuran Jarak pada masa dahulu

  • Murid-murid sedang mengukur papan putih dengan menggunakan jengkal.
 

  • Murid-murid sedang mengukur kepanjangan meja dengan jengkal.

  •  Murid-murid sedang mengira denyutan nadi dalam masa seminit.




Ukuran pada silinder penyukat


Tuesday 30 October 2012

Latihan

LATIHAN LUAS DAN ISIPADU
1. Sukat luas permukaan meja kamu.
a.)dengan menggunakan permukaan buku.
b.)dengan menggunakan unit sentimeter persegi.

2. Sukat  isi padu air di dalam cawan atau sebarang bekas dengan menggunakan silinder penyukat.

LATIHAN JARAK
1.Ukur ketinggian kamu dengan pembaris.

2.Ukur ketinggian kamu dengan menggunakan jengkal.

3. Ukur panjang meja kamu dengan batang pensel.

4. Ukur panjang jarak di bawah ini dalam ukuran sentimeter( cm).

A____________________B                   C________________________________________D

E_________________________________________________F

LATIHAN MASA DAN BERAT
1. Kira masa perjalanan kamu di antara dua tempat dengan menggunakan
a.) ayunan bandul
b.) titisan air
c.) jam randek

2. Kira denyutan jantung kamu dalam masa seminit. Berapakah denyutannya?

3. Sukat berat pelbagai objek di sekitar kamu dengan menggunakan alat timbang atau neraca. Catatkan maklumat kamu dalam jadual seperti di bawah.

 
Objek
Berat













Sunday 21 October 2012


Unit 4 Pengukuran

Pelbagai Cara Mengukur Panjang

1.     Panjang ialah jarak antara dua titik.

2.     Panjang boleh diukur dengan pelbagai teknik.

3.     Manusia pada zaman dahulu menggunakan anggota badan untuk mengukur panjang.

Jengkal
 
Hasta
 
Kaki
 
 
Depa
 

 

4.     Pengukuran panjang menggunakan anggota badan adalah tidak tepat.

5.     Hal demikian kerana saiz setiap orang berbeza. Panjang juga boleh diukur menggunakan objek seperti penyedut minuman, benang, mancis, batang aiskrim, kapur tulis, pen dan klin kertas.

6.     Pada masa ini, kita menggunakan pembaris dan pita mengukur untuk mengukur panjang.

7.     Di dalam makmal, kita mengukur panjang dengan menggunakan pembaris meter.

8.     Jarak yang lebih panjang diukur dengan menggunakan pita pengukur.

Pembaris
 
 
 
Pita pengukur
 

 

Unit Piawai Untuk Panjang

1.     Unit piawai untuk ukuran panjang dalam system metric ialah:

a)     Millimeter( mm)

b)    Sentimeter (cm)

c)     Meter (m)

d)    Kilometer (km)

 

2.     Milimeter ( mm) dan Sentimeter (cm) digunakan untuk mengukur jarak yang pendek.

3.     Meter (m) dan kilometer (km) digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang.

Luas

1.     Luas ialah ukuran saiz permukaan.

2.     Ukuran luas memberitahu besar atau kecilnya sesuatu permukaan.

Menghitung luas

1.     Luas permukaan boleh dihitung menggunakan formula berikut:

Luas=  panjang x lebar

2.     Contoh :

Luas segi empat sama P
=panjangX lebar
=4 cmX 4 cm
=16 cm2
Luas segi empat tepat Q
= panjangX lebar
=8 cmX 2 cm
=16 cm2

 

 

Isi  Padu Pepejal

1.     Isi padu sesuatu objek ialah jumlah ruang yang diisi oleh sesuatu objek.

2.     Ukuran isipadu menunjukkan sama ada kecil atau besar jumlah ruang yang diisi.

Menghitung Isi Padu Kubus dan Kuboid

1.     Isipadu kubus atau kuboid boleh dihitung menggunakan formula berikut:

 

Isi padu= panjangX lebar X tinggi

 

2.     Contoh:

Isi padu kubus P
= panjangx lebarx tinggi
=4 cmx 4 cmx 4 cm
=64 cm3
Isi padu kuboid Q
=panjangx lebarx tinggi
=8 cm x4 cm x2 cm
=64 cm3

 

Isi padu Cecair

1.     Isi padu cecair boleh diukur dengan pelbagai cara.

2.     Alat-alat yang boleh digunakan untuk mengukur isi padu cecair.

cawan
 
gelas
 
bikar
 
Jag penyukat
 
Silinder penyukat
 
senduk
 

 

Unit piawai untuk isi padu cecair

1.     Unit piawai bagi isipadu cecair dalam system metric ialah:

a)     Millimeter( ml)

b)    Liter( l)

2.     Hubungan antara unit-unit ini ialah:

1 l = 1000ml

3.     Isipadu cecair yang kecil diukur dalam millimeter( ml)

4.     Isipadu cecair yang besar diukur dalam liter( l)

Jisim

1.     Semua benda di sekeliling kita terdiri daripada jirim.

2.     Kuantiti jirim dalam sesuatu objek itu disebut sebagai jisim.

3.     Pengukuran jisim menunjukkan sama ada sesuatu objek itu berat atau ringan .

4.     Alat- alat yang digunakan untuk mengukur jisim

Neraca alur
 
 
 
Neraca tuas
 
Neraca mampatan
 
Alat timbang
 
 
Neraca spring
 
Neraca elekronik
 
 
 

 

 

 

 

Unit piawai bagi jisim dalam sistem metrik

1.     Unit piawai bagi jisim  system metric ialah:

a)     Milligram( mg)

b)    Gram (g)

c)     Kilogram ( kg)

2.     Hubungan di antara berjisim kecil biasanya diukur dalam unit milligram ( mg) atau gram ( g)

3.     Objek berjisim besar biasanya diukur dalam unit kilogram( kg)

 

Masa

1.     Masa ialah tempoh antara dua ketika.

2.     Masa boleh diukur berdasarkan proses/ peristiwa yang berulang secara seragam.

3.     Contoh- contoh proses yang berulang secara seragam ialah:

Ayunan bandul
 
 
 
 
Air menitis
 
Denyutan nadi
 
 
 
 
 

 

Unit Piawai Dan Alat Untuk Mengukur Masa

1.     Unit Piawai untuk masa ialah:

a)     Saat

b)    Minit

c)     Jam

2.     Hubungan antara unit-unit ini ialah

 
1 minit= 60 saat
1       jam=60 saat
 

 

 

3.     Masa boleh diukur menggunakan jam.

4.     Manusia pada zaman dahulu menggunakan pelbagai jenis jam untuk mengukur masa.

 
Jam Matahari
 
 
 Jam Pasir
 
 
 
Jam lilin
 
 
 
 
 

5.     Hari ini, kita menggunakan jam yang mengukur masa dalam unit piawai.

 
Jam Loceng
 
 
 
 Jam dinding
 
 Jam tangan
 
 
 
 Jam digital
 
 Jam randik
 
 
 Jam bandul
 

 

6.     Dengan menggunakan jam-jam ini, kita dapat mengetahui masa dengan tepat.

7.     Jam randik menukur masa dalam unit saat dan minit. Ia boleh digunakan untuk mengukur masa yang singkat dengan tepat seperti dalam aktiviti sukan dan menjalankan eksperimen.